best sgt balik kedah kali ni..dpt berjumpa smua anak2 buahku..tihah pon asyik keluar masuk rumah je..bebas sebebasnya dia kt umh tok n tokwannya..hehe..dh x nak tdo siang..and mlm pon asyik tdo lewat je..mbe rugi bg dia kalo tdo awal..x puas main..
Monday, February 7, 2011
kampung oh kampung
best sgt balik kedah kali ni..dpt berjumpa smua anak2 buahku..tihah pon asyik keluar masuk rumah je..bebas sebebasnya dia kt umh tok n tokwannya..hehe..dh x nak tdo siang..and mlm pon asyik tdo lewat je..mbe rugi bg dia kalo tdo awal..x puas main..
Saturday, January 22, 2011
ALL MY WISH..2011
citer pasal wish2 nie...mcm2 nk wish rasanya..heheh..cam dibo the gift dragon pulak aku ni..=)
Thursday, January 20, 2011
BAHAN-BAHAN :
500 gm daging lembu kisar
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
50 gm serbuk roti
Garam secukup rasa
Mentega untuk memanggang
CARA MEMASAK
1. Proses penyediaan hidangan ini dimulakan dengan memasukkan daging lembu kisar ke
dalam mangkuk. Kemudian, masukkan sedikit garam, bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata supaya semuanya sebati.
2. Selepas itu, perapkan bahan yang telah digaul selama kira-kira 1 jam.
3. Setelah satu jam, proses disambung dengan membentuk adunan tadi.
4. Paling sesuai adunan tersebut dibuat bentuk bulat. Saiznya pula mestilah kecil-kecil untuk memudahkan anak anda memakannya.
5. Ulangi langkah membentuk adunan tersebut sehingga habis. Setelah habis, ketepikan
kesemuanya.
6. Langkah seterusnya ialah memanggang daging. Untuk itu, anda perlu memanaskan
kuali leper dengan api sederhana dan sapukan sedikit mentega ke atasnya bagi mengelakkan bebola daging melekat pada kuali.
7. Setelah mentega cair dan kuali panas, masukkan bebola daging dan panggang
sehingga masak.
8. Bebola daging yang sudah siap dipanggang bolehlah dihidangkan bersama roti pita,
nasi, roti burger ataupun salad.