create your own banner at mybannermaker.com!
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

dariku untukmu





coretanku...

Monday, August 30, 2010

tazkirah untuk wanita

sdg ku mencari2 bhn2 math terjumpa plak artikel nie..tringin nk share ngn smua

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).


Hadits ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tentang penduduk Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan neraka yang majoriti penduduknya adalah wanita. Tetapi hadith ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menghantarkan mereka ke dalam neraka dan menjadi majoriti penduduknya, namun disebutkan dalam hadith lainnya.


Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka maka beliau bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita". Sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)


Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim dan Ahmad)


Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.


Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR. Nasa’i di dalam Al Kubra dari Abdullah bin ‘Amr. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 76)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya (tanpa sebab) maka haram baginya wangi Surga.” (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi serta selain keduanya. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 85)

Baginda rasulullah juga bersabda : “Bersedeqahlah kalian! Kerana kebanyakkan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari) .

Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”.

Pada riwayat lain dalam Sahih Muslim dari Sahabat Jabir Rasulullah mengisyaratkan dengan sabdanya: ”Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan, dan membelakangi dalam bentuk syaitan.”
“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Q.S. Al A’raaf: 27 ).


“Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki

ceramah puasa--hayatilah

ramadhan ya ramadhan

datangmu dinanti...pergimu dirindui..bpe bnyak amalan yg kt smpat lakukan spnjang bln mulia ini?itulah yg sering kita fikir..adakah ianya yang terakhir buat kita..ya ALLAH ya Tuhanku..ampunkan dosa-dosaku..

Terlalu bnyak ujian dlm blnmu ini Ya ALLAh..ku tahu..ujian ini untuk mnguji setakat mana ksabaran dan keimanan ku pada Mu..akan kulalui semua ini.Ku mohon kekuatanmu ya ALLAH..kutahu..Kau sentiasa disisiku..

Mcm2 jd dlm bln ni..tp kn terima sbb tu adalah ketentuan drnya..skrg..syukur alahamdulillah..puteriku fatihah dh beransur pulih..hari ini baru ku tahu.knpa dia x nk mkn.mcm2 aku pk..mama msk x sdp ye syg.cian dia..rupanya ada ulser dlm mulut dia.tp b4 ni yg herannya napela doct yg B4 ni x dpt detct..asyik ckp dmm n ada jgkitn kt paru2 je..dgr paru2 tu trus aku riso..tu yg cpt2 ajak suami g hosp pkar putri..cian die.dpt wife yg kelam kabut mcm aku ni..eii bkn apa..riso sbb dia hri nie x aktif mcm slalu..slalu bising je..1 rumah die explore..hari nie asyik dpan TV je..lagu dibo the gift dragon yg dia suka pon die dgr cam tu jer..biasenya siap mnari2 lg..lucu tgok..

bestkan dpt tgok ank mber dpn mata ni..kdg2 tu rs mcm x nk g sek je..nk layan die je..mcm2 yg dia buat,..lbih2 lg..dh pandai sbut mama n papa..nk nenen n ajuk ckp org..tp die je phm..heheh..pesiapan raya untk die pon lbih drpd mama n papa..bukan apa..geram tgok baju lawa2..cute sgt..tihah dah bnyk bju raya.thnks kat kyaya n m'ngah anje yg buatkan bju raya utk tihah..cantik..nnti nk pakai sma2 ngan kyaya..

hri ni plak..sedih sgt bla akak bgtau ayah accident..napalah mak x bgtau..msti tkut aku riso..mmg pon..ayah jrg sakit,tp kalo sakit..aku riso sgt..diam2 je leh mnitik air mata..rindunya nk blik kg...tgok ayah n mak..tp yg risonya..tihah x brapa mau dgn org..tahla napa jd cm tu..cian tok n tok wan dia nk main dgn dia..x pe..ape2 pon smpai kg dlu..mak ckp buluh lemang sedia menunggu..heheh..buah tgn untk brya di klntan thun ni..=)

HIBURAN MENDIDIK JIWA


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com